Thursday, March 22, 2012

UJIAN PKSR 1 - TAHUN 3

BAHASA MELAYU
(KERTAS 1 - PEMAHAMAN )

Arahan : Jawap semua soalan. Pilih satu jawapan sahaja, sama ada A, B, C atau D.
klik kan jawapan yang tepat.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1.


1. Mariam menyimpan maklumat penting itu dalam sekeping 
    ___________.
  
   A. disket          B. fail           C. kertas           D. Buku 



2. Hamid dan abangnya menyaksikan perlumbaan Formula 
    Satu (F1) di ______.
     
  A. Dataran Merdeka                   C.Litar Perlumbaan Sepang
  B. Planetarium Negara               D. Putrajaya


Soalan 3 berdasarkan gambar 2

3. ________ sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. 

   A. Beliau          B. Baginda          C. Kalian          D. Mereka


4. Puan Suhaila membeli dua ______ selendang di Butik Pesona.

     A. potong         B. helai                C. buah            D. keping


5. Cikgu Ali menyuruh Azli mengambil beberapa ______ kapur 
    tulis di bilik guru.

   A. pucuk           B. batang            C. buah            D. biji




Soalan 6 berdasarkan gambar 3




 6. Kakak _________ rambutnya agar kelihatan kemas.

    A. menyisir        B. menarik       C. memotong        D. mengikat


7. Encik Hashim ______ gagang telefon itu lalu mendail nombor
    telefon yang ingin dihubunginya. 

 A. mengangkat     B. meletak    C. menghempas    D. membaling


 8. Dian mempelajari cara-cara _______ bunga dari neneknya.

 A. memotong        B. menekat    C. menggubah      D. mengalih


 9. Adik tidak mahu makan ubat itu kerana rasanya sangat ___.

 A. pahit                 B. kelat           C. payau              D. masam


  Soalan 10 berdasarkan gambar 4
10. En.Aziz bercadang untuk membeli kereta baharu yang lebih
      _______________.

     A. leper          B.lebar              C. sempit           D. besar


11. ______, banyaknya pokok manggis di depan rumah awak!.   

     A. Cis             B. Wah              C. Oh                 D. Eh


12. Pak Mohsin dan keluarganya tinggal di _______ kampung.

      A. tepi            B. atas               C. hujung         D. bawah


13. ________ pelajar yang mendapat tempat pertama di dalam 
     kelas pada tahun ini?

     A. Bilakah     B. Siapakah     C. Manakah      D.Mengapakah


14. Tulisan Elina seperti _______ sehingga sukar di baca.

      A. cakap angin   
      B. buta warna  
      C. lidah biawak  
      D. cakar ayam


15. Saya berasa _______ akan sikap biadapnya itu.

      A. besar hati
      B. keras hati
      C. jauh hati
      D. berat hati


16. Ibu sedang ________ meja dengan plastik yang baru saya 
      beli.

     A. mengikat   B. mengalas    C. menghampar   D.membentang


17. Pintu rumah itu tidak ______ sewaktu saya sampai.

      A. mengunci    B. berkunci    C. pengunci     D. terkunci


18. Sila tulis jawapan anda ________ kertas jawapan yang di
      sediakan.

      A. di                 B. dengan         C. pada            D. antara


19. Adik tidak selera makan kerana ________nya luka.

      A. jejari         B. lelangit        C. lelabi           D. reranting


20. Puan Halimah menjaja _________ untuk menyara anak- 
      anaknya.

     A. lauk-pauk   
     B. rempah-ratus
     C. rumput-rampai
     D. kuih-muih

Soalan 21 berdasarkan gambar 5


21. Puan Melisa menjadi_______ ketika hendak memilih 
      pakaian di butik itu.

     A. putih mata   B. naik angin   C. isi hati   D. rambang mata


Soalan 22 hingga 23

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

22. Oleh sebab sikap Shasha yang sombong itu, dia dibenci 
      orang ramai.

     A. besar      B. angkuh       C. baik          D. bohong


23. Kemalangan yang ngeri di selekoh tajam itu berlaku pada 
      awal pagi.

      A. dahsyat   B. takut         C. susah         D. bimbang


Soalan 24

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

24. Raja yang bersikap zalim itu telah ditentang oleh rakyat.

      A. bodoh        B. pintas      C. lembap       D. adil


Soalan 25

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang di berikan.

25. Sejak bilakah kamu tidak berjumpa dengan Azila?

      A. sudah lama saya tidak berjumpa Azila.
      B. Saya dengan Azila tidak ada kena mengena.
      C. baru sebentar tadi, azila berjumpa dengan mereka.
      D. Saya tidak berjumpa dengan Azila sejak bulan lalu.


Soalan 26 berdasarkan gambar 6

 
 
  26. Pilih jawapan yang betul bagi jawapan yang di berikan.


        A. Mengapakah kamu ke kantin?
        B. Bilakah kamu makan
        C. Kamu sudah makan?
        D. kamu hendak makan di mana?




27. Suzila ________ tangan adiknya semasa melintas jalan raya.


      A. menggenggam     B. memimpin   C. menarik   D. menepis




28. Sayur dan ikan yang dijual di pasar malam itu ________.

     A. elok                       B. baik             C. segar         D. sedap


Soalan 29 dan 30

Pilih ayat yang betul

29.
     A. Bakul itu diperbuat dari rotan.
     B. Abang baru pulang dari Ipoh.
     C. Dari menonton televisyen lebih baik kamu membaca buku.
     D. Murid baru itu berasal daripada Sabah.


30.
     A. Buku cerita itu tidak saya punya.
     B. Siti dengan adiknya pergi ke pasar.
     C. Lukisan itu sangat mahal sekali.
     D. Latihan sukan akan diadakan pada pukul 4.00 petang.


Soalan 31 hingga 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawap soalan-soalan yang berikut.

Puan Maya: Selamat pagi, Puan Nita hendak pergi ke mana?

Puan Nita  : Selamat pagi, Puan Maya. Saya hendak pergi ke 
                      pasar.

Puan Maya: Kalau begitu, samalah destinasi kita. Apa yang 
                      ingin Puan beli di pasar?

Puan Nita  : Saya ingin membeli barang-barang keperluan 
                     rumah. Lagipun, petang ini saya ingin mengadakan
                     sedikit jamuan hari lahir untuk anak ketiga saya.

Puan Maya: Maksudnya Shasha sudah berusia 6 tahun ?

Puan Nita  : Ya begitu cepat masa berlalu. Awak pula hendak 
                     membeli apa di pasar ?

Puan Maya: Saya ingin membeli ikan-ikan segar.

Puan Nita  : Kalau begitu, marilah kita pergi bersama-sama.
                     Petang ni jemputlah ke rumah saya, ya.

Puan Maya: Terima kasih kerana menjemput saya.

Puan Nita  : Sama-sama.


31. Kemanakah Puan Maya ingin pergi ?

     A. Ke rumah Puan Nita.
     B. Ke kedai runcit.
     C. Ke rumah jirannya.
     D. Ke pasar.   




32. Jamuan apakah yang diadakan di rumah Puan Nita ?


     A. Jamuan hari lahir.
     B. Kenduri doa selamat.
     C. Rumah terbuka.
     D. Majlis tahlil.




33. Berapakah umur anak Puan Nita ?


     A. Setahun           B. 2 tahun          C. 4 tahun       D. 6 tahun






    A.  Ayam              B. Ikan               C. Telur          D. Sayur


35. Nilai murni yang ditunjukkan dalam petikan di atas ialah
       
    A. tolong-menolong              C. hidup dalam keadaan harmoni
    B. peramah                            D. jujur




Soalan 36 hingga 40


Baca petikan di bawah, kemudian soalan-soalan yang berikutnya.


           Encik Salman ialah ahli peniagaan yang sibuk. Isterinya, Puan Rina pula bekerja sebagai pengurus bank. Mereka mempunyai seorang anak tunggal yang bernama Hakim. Farah pula anak angkat mereka yang dipelihara sejak kecil.

           Walaupun Farah bukan anak kandung mereka, namun Farah dikasihi seperti anak kandung sendiri. Hakim dan Farah dipelihara seperti menatang minyak yang penuh.

           Pada suatu hari, Farah kelihatan lesu, Hakim yang bimbang melihat keadaan adiknya, menyentuh dahi adiknya. Dia mendapati adiknya demam. Farah juga memberitahu kepada abangnya bahawa dia berasa pening dan hendak muntah.


           Hakim bergegas menuju ke dapur. Dia memberitahu hal itu kepada Mak Lijah.Mak Lijah ialah pembantu rumah mereka. Setelah memeriksa keadaan Farah, Mak Lijah pantas menelefon Puan Rina untuk memberitahu tentang keadaan Farah.
       
           Beberapa minit kemudian, Puan Rina tiba. Dia bersama-sama Mak Lijah dan Hakim membawa Farah ke klinik untuk mendapatkan rawatan. 


36. Siapakah Encik Salman ?

      A. Ayah kepada Hakim dan Farah
      B. Suami Mak Lijah
      C. Ayah angkat Hakim
      D. Jiran Puan Rina


37. Apakah pekerjaan Encik Salman ?

     A. Pengurus Bank
     B. Ahli perniagaan
     C. Doktor
     D. Pekerja Swasta


38. Mengapakah Farah kelihatan lesu ?

     A. Dia berasa marah         C. Dia kepenatan
     B. Dia merajuk                  D. Dia demam




39. Mengapakah Puan Rina bergegas pulang ?


     A. Dia sakit kepala           C. Berlaku kebakaran di rumahnya
     B. Anaknya sakit              D. Mak Lijah pengsan


40. Siapakah Farah yang sebenar ?


     A. Anak kandung Encik Salman dan Puan Rina
     B. Anak kandung Mak Lijah
     C. Kawan baik Hakim
     D. Anak angkat Encik Salman dan Puan Rina
    

No comments:

Post a Comment